Wellbeing Care - Seni Mengurus 'Meltdown' Pelajar Autisme di dalam Kelas | W137
4 April 2026 | Aktiviti Terkini3 April 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Wellbeing Care yang bertajuk Seni Mengurus ‘Meltdown’ Pelajar Autisme di dalam Kelas.
Sesi webinar ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman guru dan pendidik tentang cara mengendalikan situasi emosi yang mencabar dalam kalangan pelajar autisme. Meltdown merujuk kepada keadaan di mana pelajar mengalami tekanan emosi yang melampau sehingga sukar mengawal tingkah laku mereka.
Di samping itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai kepentingan sokongan emosi dan persekitaran pembelajaran yang inklusif. Kerjasama antara guru, ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam memastikan pelajar autisme mendapat sokongan yang berterusan dan berkesan.
Ilmu yang diperoleh dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan menyokong perkembangan pelajar autisme secara menyeluruh.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: